4 Oktober 2013 - 20:30
Wakil Syiah aju 2 laporan polis

Berikutan pencerobohan ejen JAIS dan poster palsu yang sengaja dikaitkan dengan Syiah, Kamilzuhairi mengajukan dua laporan polis.

http://4.bp.blogspot.com/-MfXUpdYDGRQ/Uk7r-N-jSTI/AAAAAAAAGz4/8ti01q8hhLY/s1600/20131003_162735.jpgAgensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Wakil Syiah Imamiyah Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz membuat dua laporan polis berhubungan poster palsu dan pencerobohan ejen Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Hawzah Ar-Ridha.Kamilzuhairi bersama beberapa aktivis Syiah Kuala Lumpur mengajukan laporan tersebut di Ibupejabat Polis daerah Gombak pada pukul 3 petang, Khamis lalu.Dalam laporan tersebut, Kamilzuhairi menafikan pihaknya menyebarkan poster berjudul "Akhirnya ku temui kebenaran oleh Dr. Tijani", dengan tarikh 27 September 2013, bertempat di surau Taman Sri Gombak, anjuran Pertubuhan Syiah Malaysia yang diharamkan oleh kerajaan. Beliau turut mendesak pihak polis menjalankan siasatan segera terhadap penyebar kes provokasi tersebut.Kamilzuhairi berkata, terdapat keanehan pada poster tersebut kerana pengikut mazhab Syiah tidak pernah menamakan Hawzah Ar-Ridha sebagai "surau".Selain itu laporan juga dibuat terhadap tindakan ejen-ejen JAIS yang menceroboh Hawzah Ar-Ridha dengan mengumpil gril besi dan memecahkan pintu-pintu pejabat premis tersebut. Laporan turut menyebut kehilangan sejumlah wang kira-kira RM600 di bawah jagaan Syed Mohd Syafik bin Syed Hussin. Pada 27 September lalu, ejen JAIS menceroboh premis Hawzah Ar-Ridha atas alasan menjadi tempat penyebaran Syiah di Sri Gombak. https://scontent-a-sjc.xx.fbcdn.net/hphotos-prn2/q77/s720x720/1234362_652401468126355_1557541298_n.jpgPoster palsu yang sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak betanggung jawab https://scontent-a-sjc.xx.fbcdn.net/hphotos-ash3/q71/s720x720/1236983_1447858635439149_157545286_n.jpg Pintu Besi yang dirosakkan ejen JAIS dalam pencerobohan tersebut.